Selangor.

*OH SELANGOR KU…..!*

Orang yang tidak tinggal di Selangor mungkin tak terkesan dengan negeri yang konon paling kaya di Malaysia ini.

Cuba korang pikirkan sejenak mengenai perbandingan antara negeri-negeri di Malaysia tentang perkara-perkara berikut:

– Negeri mana paling padat penduduk?
– Negeri mana sering berlaku banjir kilat di Malaysia?
– Negeri mana yang paip airnya kerap kering kontang?
– Negeri mana yang semua Menteri Besarnya mempunyai kontroversi?
– Negeri mana yang paling ramai PATI?
– Negeri mana ada kawasan yang sepenuhnya dikawal warga asing?
– Negeri mana yang paling tinggi kes wabak Covid-19nya?
– Negeri mana yang paling banyak Kongsi Gelap kaum India?
– Negeri mana yang paling banyak sarang Pelacuran & Perjudian?
– Negeri mana yang paling banyak sekolah bermasaalah?
– Negeri mana yang paling banyak hartanah mewah yang tidak terjual?

Dan yang terkini:
– Negeri mana yang MBnya sedang bersusah payah hendak tebang hutan
simpan untuk diberi kepada Pemaju?

Dah tahu jawapannya kan?
Ia, tak lain dan tak bukan ianya adalah _Oh Selangor Ku_ yang ditadbir oleh puak Penipu Harapan, eh sori, Pakatan Harapan sekarang.

Pelik ya, kenapa takda demontrasi heboh-heboh kat Dataran Merdeka untuk kecam tindakan tebang hutan simpan kat Selangor ini ya? Penaja korang yang kat Amerika dan Singapura tu tak mahu kasi duit untuk turun buat demontrasi ke?

Maknanya OK lah tebang hutan simpan yang dah tinggal sikit tu dan bagi kat tauke cina yang menyamar sebagai pemaju Bumiputra tu?

Maknanya OK lah bila kawasan tu dah maju nanti korang serahkan kat bangsa asing kerana sudah tahu awal-awal lagi orang Melayu sememangnya tak akan mampu memiliki hartanah yang tinggi harganya.
Hebat sungguh cara PH membantu orang Melayu.

Kes MB Selangor nak tebang Hutan Simpan Kuala Langat (Utara) ini agak pelik sikit kerana Kerajaan Selangor seolah-olah mahu merahsiakan tindakan mereka hendak menyahwartakan lebih separuh daripada hutan simpan tersebut. Pihak EXCO Selangor rupanya telah buat keputusan jahat ini sejak bulan Mei lalu tapi mereka sengaja merahsiakannya dan orang awam hanya tahu mengenai agenda sulit ini pada 30 Ogos lepas. Ianya bukan kecil kerana melibatkan tanah seluas 536.7 hektar. Sebenarnya rancangan asal mereka ialah untuk mengambil seluas 930.9 hektar kawasan hutan simpan tersebut!

Tanah tersebut akan
diberikan kepada sebuah syarikat bernama _Gabungan Indah Sdn.Bhd_ untuk tujuan pembangunan.

Sebagai orang Selangor aku merasa sangat kecewa dan tertipu dengan sikap tidak bertanggung jawab Kerajaan Selangor dari PH ini.


*Kassim Che’Pa*
Shah Alam

Leave a Comment